Tip Kecergasan


Mengapa Perlu Aktif

Aktiviti fizikal yang kerap mempunyai banyak manfaat. Ia mujarab dalam melawan stres, ia boleh membantu menjaga berat badan dan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kronik yang utama. Faedah tambahan termasuk tenaga semakin meningkat, tulang dan otot yang lebih kuat, tidur yang lebih nyenyak, bentuk badan yang lebih cantik, rangsangan kepada kesejahteraan mental dan perubahan dalam pandangan anda terhadap kehidupan.

Untuk tip pantas, lihat di bawah.

1Memperbaharui komitmen anda kepada gaya hidup yang sihat. Berfikir tentang meningkatkan jenis aktiviti yang berkesan untuk gaya hidup anda dan yang boleh dibina masuk dengan mudah ke dalam hari anda. Pastikan anda membaca berita dan maklumat kecergasan, seperti artikel mengenai senaman ini. Laksanakan pelan kecergasan anda hari ini!
2Senaman aerobik penting untuk sistem kardiovaskular. Ia didefinisikan oleh gerakan berulang-ulang seperti berlari, berenang atau berbasikal. Ia juga boleh menguatkan otot. Menggabungkan sedikit latihan aerobik dan rintangan adalah lebih baik untuk rutin harian anda.
3Tetapkan matlamat kecil khusus yang anda boleh capai secara kekal (seperti mengurangkan 5 peratus daripada berat badan atau bersenam tiga kali dalam seminggu, dll). Minum teh hijau (yang membantu menggalakkan penurunan berat badan). Snek dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sepanjang hari anda.
4Senaman yang berterusan penting untuk otot dan tulang yang sihat. Ia juga membina kekuatan. Ia didefinisikan oleh aktiviti dengan cetusan tenaga singkat, seperti angkat berat, bermain sukan bahkan menolak mesin pemotong rumput. Sebaik-baiknya, anda memerlukan senaman rintangan dan aerobik untuk memastikan badan anda beroperasi di kemuncaknya.
5Cara mudah berkesan untuk menjadi cergas – anda tidak perlu menyertai gimnasium. Jika anda menjadi lebih aktif dalam kehidupan harian anda - seperti meletakkan kereta anda lebih jauh dan berjalan lebih jauh, mendaki tangga daripada menaiki lif, atau pun berjalan ke meja rakan sekerja dan bukannya menghantar e-mel kepada mereka - anda akan menjadi cergas dengan lebih cepat.
6Metabolisme anda tidak menjadi perlahan dengan usia. Apabila seseorang itu meningkat umurnya, mereka kurang melakukan latihan kekuatan dan boleh kehilangan jisim otot tanpa lemak. Lebih banyak jisim otot tanpa lemak yang anda miliki, lebih tinggi metabolisme anda - dan lebih cepat anda kehilangan berat badan. Pertingkatkan tahap senaman dan aktiviti setiap tahun, dan anda akan pada masa yang sama mengekalkan kekuatan otot, mengekalkan metabolisme anda dan memaksimumkan kehilangan berat badan yang sihat.
7Sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti sederhana intensiti, sekurang-kurangnya lima kali setiap minggu, akan menjadikan anda aktif secara fizikal. Anda boleh membahagikan setiap setengah jam kepada tiga sesi 10 minit. Jika 30 minit tidak boleh dicapai sekarang, mulakan dengan apa yang anda boleh lakukan dan secara beransur-ansur menambahnya.
8Hidratkan diri sendiri dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari. Afalah lebih penting untuk minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam. Walaupun hanya senaman intensiti rendah ia masih memerlukan anda terhidrasi dengan baik.
9Berehat di antara waktu bersenam dan memberikan masa untuk badan pulih.
Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 17/08/2017 19:56:46 | NAMP2HLASPX01