Serat

by Susan Bowerman, MS, RD, CSSD
Print
Serat

“"Makan serat." Anda mungkin pernah mendengar nasihat ini. Tetapi jika anda seperti kebanyakan rakyat Amerika, diet anda masih belum sempurna. Pakar-pakar mengesyorkan makan 25 hingga 30 gram serat setiap hari, tetapi kebanyakan orang Amerika makan hanya sekitar 10 gram.

Pelbagai kajian yang mengatakan bahawa diet yang tinggi dalam serat, atau bahagian tumbuh- tumbuhan yang tak dicerna, memberi manfaat kesihatan. Serat menggalakkan pencernaan normal dan secara semulajadinya mencegah sembelit. Dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, diet serat tinggi adalah cara yang baik untuk mencapainya. Makanan berserat tinggi mengisi perut dengan sedikit kalori, membenarkan orang yang berdiet untuk makan lebih banyak dan masih menurunkan berat badan.

TTerdapat dua jenis serat utama. Epal, oren, lobak merah, kentang, oat, barli dan kacang semua mengandungi serat larut air. Serat larut air membantu mengawal gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah.

Serat tidak larut air memerangkap air dan membantu makanan bergerak melalui usus. Ia boleh didapati dalam sayur-sayuran, bran gandum, bran jagung, bran beras dan bijirin penuh lain. Anda memerlukan kedua-dua jenis serat, jadi tetapkan matlamat untuk makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh yang berlainan sepanjang hari anda. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulitnya untuk serat tambahan. Berikan tumpuan kepada bijirin penuh seperti oat, bran bijirin, bran beras perang, milet, dan barli.

 

Anda juga boleh mencari 100 peratus roti dan pasta bijian sempurna di banyak pasar raya. Walaupun dengan perubahan ini, anda masih mungkin menghadapi masalah memenuhi matlamat pengambilan serat anda, jadi mengambil produk yang mengandungi serat larut dan tidak larut, seperti Active Fiber Complex Herbalife, boleh membantu anda mendapatkan manfaat maksimum yang disediakan oleh serat.

Berikut ialah beberapa tip untuk memasukkan serat ke dalam diet anda:

- Gantikan jus oren pagi anda dengan oren keseluruhannya. Jus buah-buahan sering mengandungi tambahan gula, dan ia hampir tidak pernah mempunyai serat. Menukar dari jus buah-buahan kepada makan buah-buahan akan membantu anda memenuhi keperluan serat harian anda.

- Snek dengan sayur-sayuran mentah. Celup sayur-sayuran mentah, seperti floret kobis bunga, lobak merah dan batang daun saderi, campurkan dengan kacang hitam salsa atau humus untuk meningkatkan pengambilan serat anda.

- Beli pasta dan roti bijian sempurna. Buat salad pasta anda dengan pasta bijian sempurna untuk menikmati faedah kesihatan serat. Apabila membakar roti, mufin dan biskut, pertimbangkan untuk mengganti sebahagian atau semua tepung putih dengan tepung gandum lengkap atau tepung pastri gandum lengkap.

Menambah pengambilan serat anda dengan tiba-tiba akan menganggu perut anda, jadi masukkan makanan yang tinggi serat ke dalam diet anda dengan perlahan-lahan dan minum banyak air.

 

Susan Bowerman ialah perunding Herbalife.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 14/12/2017 6:51:47 | NAMP2HLASPX02