Tip Hari Valentine daripada Herbalife

Makanan Terbaik untuk Kekasih Anda
Print
ha-ew-valentines-day-tips

Bagaimanakah anda menunjukkan kasih sayang anda pada Hari Valentine? Kad dan bunga ros mungkin menyatakan yang anda benar-benar menyayanginya, tetapi hidangan yang sihat dan lazat akan menunjukkan orang yang anda sayangi bahawa anda mempunyai hati emas.

"Terdapat banyak makanan yang diketahui sihat untuk jantung," kata Luigi Gratton, PU, naib presiden pendidikan nutrisi di Herbalife. "Hari Valentine ialah masa yang sempurna untuk menampilkan makanan dalam hidangan yang lazat, sihat yang anda dapat makan sesuka hati," tambah beliau.

TMeraikan orang yang anda sayangi dengan segelas champagne. Ia bukan sahaja meriah, tetapi ia mengandungi banyak polifenol, sebatian yang wujud secara semula jadi dalam anggur yang membantu mengekalkan pengaliran darah dan tekanan darah yang sihat.

Mulakan hidangan anda dengan salad berwarna-warni. Lobak, tomato dan bayam berwarna terang mendapat corak warna mereka daripada karotenoid, kumpulan pigmen bahan antioksida yang membantu mengekalkan kesihatan jantung. Masukkan sedikit avokado sebagai bonus; lemak yang sihat membantu badan anda menyerap sebatian berfaedah ini. Anda juga boleh menawarkan sedikit kacang pada hari Valentine. Pokok kacang seperti badam, walnut, dan pistasio mengandungi bahan yang dipanggil fitosterol yang membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat. Sangai ia untuk menaikkan perisanya, kemudian campurkan kepada salad atau sayur-sayuran.

YAnda boleh menumpukan kepada satu dan satu sahaja, tetapi terdapat banyak ikan di dalam laut. Ia satu perkara yang baik juga. Lemak Omega-3 yang sihat yang ditemui di dalam ikan yang ditangkap di lautan membantu untuk menyimpan lemak tertentu di dalam darah - seperti trigliserida dan kolesterol dalam julat normal.

YAnda mungkin tidak tahu apa yang anda akan dapat di dalam sebuah kotak coklat, tetapi anda akan mendapat lebih banyak daripada kotak yang mengandungi coklat gelap. Sebatian semulajadi dalam koko yang dipanggil flavonoid adalah bahan antioksida yang melawan radikal bebas untuk menyokong kesihatan jantung. Lebih gelap dan lebih pahit manis coklat itu, lebih baik untuk anda. Coklat susu kurang sebatian yang sihat berbanding coklat gelap dan coklat putih hampir tiada langsung.

Tuang sedikit coklat cair pahit manis di atas beri segar untuk pencuci mulut yang lebih bermanfaat. Buah beri mengandungi bahan antioksida yang dipanggil antosianin yang membantu mengekalkan kesihatan jantung.

Susan Bowerman ialah perunding Herbalife.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 17/10/2017 13:31:30 | NAMP2HLASPX01