Untuk Kesihatan Jantung Anda

Oleh Louis Ignarro, Ph.D.
Nobel† Laureate dalam Perubatan
Print
lou-ignarro

Your cardiovascular system is the driving force behind Cellular Nutrition.

Lebih 100,000 batu panjang dan dilengkapi dengan hampir enam trilion sel endotelium, saluran darah anda menghasilkan Nitrik Oksida yang menyokong Nutrisi Selular. Nitrik Oksida terbitan endotelium berfungsi dalam banyak cara yang penting untuk menyokong sistem kardiovaskular dan peredaran. Kerosakan endotelium, daripada diet yang tidak sihat, obesiti dan kurang bersenam, menyebabkan pengeluaran sedikit Nitrik Oksida dan, oleh kerana itu, meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Mujurlah, terdapat cara mudah untuk menjadikan endotelium anda sihat dengan mengubahsuai diet anda, melibatkan diri dalam senaman sederhana dan mengambil suplemen diet Niteworks®.

Bagaimanakah Nitrik Oksida berfungsi?

Nitrik Oksida, juga dikenali sebagai NO, ialah molekul isyarat badan yang paling meluas. NO menggalakkan Nutrisi Sel dengan memudahkan aliran darah ke setiap sel dalam badan. Kerana NO memperluaskan diameter arteri, lebih banyak nutrien dihantar ke sel dan lebih banyak bahan buangan dikeluarkan dari sel-sel. Nitrik Oksida menyediakan Nutrisi Sel kepada semua organ-organ badan dan juga melindungi organ-organ ini terhadap kecederaan dan penyakit yang disebabkan oleh pendedahan kepada pengoksidaan, keadaan yang dikenali sebagai "tekanan oksidaan." NO ialah bahan antioksida untuk badan yang paling poten, melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas. Dalam hal ini, NO berfungsi seperti Vitamin E dan C.

Kekurangan NO dan penyakit kardiovaskular Disfungsi Endotelium ialah punca utama morbiditi dan mati muda di Amerika Syarikat dan kadang-kadang dikaitkan dengan kekurangan NO. Penyakit-penyakit akibat kekurangan NO termasuk hipertensi, strok, aterosklerosis, serangan jantung, diabetes, penyakit Alzheimer, ulser gastrousus dan disfungsi erektil. Endotelium vaskular yang sihat penting untuk sistem kardiovaskular yang sihat kerana ia diperlukan untuk pengeluaran dan tindakan biasa NO. Disfungsi Endotelium Vaskulat membawa kepada pengurangan pengeluaran NO dan peningkatan tekanan oksidaan, mewujudkan satu kitaran ganas yang menggalakkan lagi disfungsi endotelium.

Diet memperbaiki kesihatan jantung

Satu lagi cara untuk menjaga kesihatan endotelium anda adalah melalui diet. Diet yang wajar yang rendah lemak dan karbohidrat, tetapi kaya denga proteins, akan banyak membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular. Pengurangan pengambilan lemak akan mengurangkan pengeluaran radikal bebas yang merosakkan oleh tubuh dan pengurangan diet karbohidrat mengehadkan pengambilan kalori. Memakan diet yang tinggi protein mengekalkan jisim otot dan tahap tenaga. Gabungan protein yang tinggi ditambah dengan karbohidrat dan lemak yang rendah, boleh mengakibatkan penurunan berat badan yang banyak, yang terus menggalakkan sistem kardiovaskular yang sihat.

Gabungan yang menguntungkan

Tiga perubahan gaya hidup yang digariskan - senaman biasa sehingga sederhana, diet tinggi protein dan suplemen diet Niteworks® - ada persamaan: ia semua memainkan peranan dalam meningkatkan pengeluaran dan tindakan Nitrik Oksida terbitan endotelium. Atas sebab ini, senaman, diet dan Niteworks® ialah kombinasi yang unggul untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan endotelium anda - dan endotelium sihat bermakna jantung yang sihat. Apabila anda menggabungkan hasilnya, anda boleh dengan mudah melihat bagaimana kesihatan dan kesejahteraan umum anda secara keseluruhannya boleh menjadi lebih baik.

Louis Ignarro, Ph.D. is a Nobel† Laureate dalam Perubatan, dan juga ahli Lembaga Penasihat Saintifik dan Nutrisi.

*Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Food and Drug Administration. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
†Yayasan Nobel tidak mempunyai hubungan dengan Herbalife dan tidak membuat reviu, meluluskan atau mengendors produk Herbalife®.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 14/12/2017 6:47:37 | NAMP2HLASPX02