Makan Di Luar - Dilema Orang yang Berdiet

By Susan Bowerman, M.S., R.D., C.S.S.D.
Print
Eating Out - Dieter's Dilemma

Bagi mereka yang menjaga berat badan mereka, kegembiraan makan keluar sering diganggu oleh godaan sebahagian besarnya oleh saiz hidangan yang besar dan pilihan yang terlalu banyak. Dan, tanpa mengetahui dengan tepat bagaimana makanan itu disediakan, sukar untuk mengetahui dengan tepat apa yang dihidangkan kepada anda, atau berapa banyak kalori yang anda ambil.

Sesetengah orang cuba mengelak makan di restoran untuk mengurangkan beberapa paun, tetapi secara realistik, makan di luar ialah hakikat gaya hidup kita yang sibuk. Dengan sedikit pengetahuan dan perancangan, anda boleh belajar untuk membuat pilihan yang terbaik apabila anda makan di luar dan masih mengikuti diet anda.

Pada tahun 2002, isi rumah tipikal membelanjakan lebih daripada $2200 untuk makanan yang dimakan di luar rumah - atau lebih kurang $900 setiap seorang. Lebih daripada satu pertiga daripada kalori yang kita makan - dan 40 peratus lemak yang kita makan - datang dari makanan restoran. Tidak menghairankan, makanan segera menyediakan kalori yang terbanyak daripada mana-mana sumber makanan.

Mengelakkan diri memandu ke restoran pandu-masuk mungkin langkah pertama yang bagus ke arah makan di luar dengan cara yang sihat. Walaupun beberapa restoran makanan segera menawarkan alternatif yang sihat, makanan biasa yang ditawarkan selalunya lebih menarik. Sebaliknya, memilih sebuah restoran di mana anda tahu, anda boleh mendapatkan apa yang anda mahu, yang disediakan sebagaimana yang anda mahu.

Apabila meneliti menu, ia membantu jika anda mempunyai pelan. Menumpu kepada pembuka selera merupakan satu strategi yang baik – saiz hidangannya kecil, dan beberapa pembuka selera yang dipilih dengan teliti seperti salad dan sup air boleh menjadi satu hidangan yang besar. Anda juga boleh menjadikan saiz hidangan itu munasabah dengan berkongsi pembuka selera dengan seorang teman (minta tambahan salad atau sayuran).

Memandangkan kita selalunya makan apa sahaja yang dihidangkan - sama ada ia sedikit atau banyak - minta hidangan itu dibahagi dua dan diketepikan sebelum ia dihidangkan. Cara itu, anda akan makan separuh tetapi masih mencapai kepuasan melicinkan pinggan anda.

Restoran jarang berjimat dengan lemak - ia menambah banyak perisa dan tekstur kepada makanan dan ia bahan yang murah. Makanan bergoreng secara jelasnya menjadi larangan, tetapi lemak yang ditambah seperti oles, sos dan kuah harus dihadkan juga. Salad dan sayur-sayuran ialah makanan yang paling menyihatkan, tetapi ia tidak menyihatkan jika ditenggelami kuah atau lencun dengan mentega atau sos yang kaya dengan lemak. Minta hidangan tanpa sos yang diletakkan di tepi agar anda boleh mengawal berapa banyak yang anda masukkan. Baca penerangan pembuka selera dengan teliti, dan bertanya kepada pelayan anda jika anda tidak pasti bagaimana ia disediakan. Makanan "rangup","berkrim" atau "adunan dicelup" mungkin berlemak dan kaya, manakala makanan yang dikukus, bakar atau panggang biasanya selamat. Untuk hidangan tambahan, cuba elakkan nasi berkanji atau kentang dan menggantikannya dengan sayur-sayuran.

Jangan tertipu dengan perkataan "salad" - ia satu istilah yang sering digunakan dengan longgar untuk merujuk kepada apa-apa kombinasi makanan, tetapi bukannya semua sihat. Selain itu bakon, keju, krim masam, daging berlemak dan kentang mayonis yang kaya atau salad pasta di atas sayuran hijau boleh meningkatkan kalori secara mendadak. Begitu juga pada salad yang dihidangkan di dalam mangkuk roti besar atau Tortilla goreng.

Walaupun orang Amerika mendakwa mereka sedar tentang kalori, mereka menggunakan makan luar sebagai alasan untuk makan berlebihan - kira-kira 87 peratus daripada kita makan pencuci mulut untuk mengakhiri hidangan di restoran. Jika makan di luar adalah sesuatu yang jarang anda lakukan, atau hanya semasa majlis-majlis khas, makan sahajalah. Tetapi jika anda lebih arif dengan restoran tempatan daripada dapur anda sendiri, anda mungkin mahu berfikir dua kali tentang pencuci mulut itu - sekeping kek keju boleh mencapai 1000 kalori. Sebaliknya, cuba minum teh herba, hidangan buah-buahan segar, atau sorbet tanpa lemak untuk mengakhiri hidangan anda. Atau, lihat jika ada orang yang hendak berkongsi - suapan yang pertama selalunya yang paling sedap.Think about how you usually eat when you're sticking to your plan, and try to find similar foods on the menu so you can enjoy your meal without guilt. If you're armed with a little menu savvy and a good strategy, dining out and dieting can go hand-in-hand.

Susan Bowerman ialah perunding Herbalife.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 17/10/2017 13:17:53 | NAMP2HLASPX02