Soal Jawab mengenai Formula 1 Nutritional Shakes

oleh David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N
Print
Dr. David Heber

David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N., Pengarah Pusat Nutrisi Insan di UCLA* dan Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik dan Nutrisi, menjawab soalan yang sering diajukan oleh anda mengenai shake Formula 1.

S: Apakah komponen yang membuatkan shake Formula 1 hidangan yang sihat dan memuaskan?

J: Shake Formula 1 menyediakan protein soya berkualiti tinggi, karbohidrat yang sihat, vitamin, mineral, asid amino dan nutrien lain untuk menyediakan sel-sel badan anda apa yang ia perlukan untuk kesihatan optimum.† Anda akan dapat merasakan perbezaannya daripada sarapan biasa anda selepas shake yang pertama.

S: Adakah protein soya dalam shake Formula 1 memberi manfaat kepada kedua-dua lelaki dan perempuan?

J: Ya, protein soya dalam shake Formula 1 pasti memberi manfaat kepada kedua-dua lelaki dan perempuan. Banyak kajian saintifik menunjukkan manfaat protein soya untuk kesihatan jantung apabila dimasukkan sebagai sebahagian daripada diet sihat, rendah lemak, kerana itulah shake Formula 1 mempunyai simbol jantung sihat pada setiap label (kecuali perisa buah-buahan Tropika, yang mengandungi kurang soya).†

S: Bagaimanakah satu produk, Formula 1 Nutritional Shake Mix, boleh menjadi ideal untuk kehilangan berat badan dan pengekalan berat badan?

J: Penyelidikan menunjukkan bahawa minum dua shake sehari dan makan satu hidangan sihat akan menyebabkan penurunan berat badan, sementara mengambil satu shake sehari akan mengekalkan berat badan selama bertahun-tahun. Formula 1 shake ialah hidangan yang ideal untuk semua orang, sama ada mereka mahu menurunkan berat badan, menghalang berat badan mereka yang hilang kembali atau mengekalkan berat badan mereka yang sihat secara semula jadi.†

S: Jika saya tak tahan laktosa, boleh tak saya menggunakan susu soya untuk membuat shake?

J: Ya, anda hanya perlu menambah susu soya kepada Formula 1 Shake Nutritional Shake Mix dan anda sepatutnya tidak mempunyai masalah. Sebenarnya, ramai orang pada satu peringkatnya tak tahan laktosa. Anda tidak hilang apa-apa pun apabila anda menggantikan susu soya untuk susu tenusu dari sudut kesihatan.†"

University of California tidak mengendors produk tertentu atau perkhidmatan atas dasar. † Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Food and Drug Administration. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 14/12/2017 6:58:54 | NAMP2HLASPX02