Helah Snek untuk Diri Sendiri dan Kanak-kanak semasa Halloween

Oleh Susan Bowerman, MS, RD, CSSD
Print
Halloween Treats

Orang yang berpesta Halloween menghabiskan waktu petang mengumpul sebanyak 600 juta paun gula-gula daripada orang yang tidak dikenali.

Bagi kanak-kanak - dan juga beberapa orang dewasa - Halloween ialah salah satu cuti yang paling menyeronokkan. Tetapi terdapat beberapa cara yang lebih menyihatkan untuk menggembirakan diri sendiri, dan bagi mereka yang beriya-iya berpesta dengan kostum, untuk mengelakkan memasuki bulan November dengan terlebih makan gula-gula.

Mengawal apa yang anak-anak makan semasa cuti yang memfokus kepada gula-gula bukanlah satu tugas yang mudah. "Walaupun cuti itu seolah-olah menjadi semuanya tentang gula-gula, lebih bijak jika kita membantu anak-anak memberi tumpuan kepada keseronokan dan untuk menetapkan had," kata Dr. Luigi Gratton, naib presiden hal ehwal perubatan di Herbalife. "Pastikan kanak-kanak mempunyai hidangan yang sihat atau snek sebelum mereka keluar, dan berunding lebih awal berapa banyak gula-gula yang mereka dibenarkan untuk simpan dan makan," tambah beliau.

Mulakan waktu malam anda dengan hidangan yang menyeronokkan dan menyihatkan. Tawarkan “makanan pembuka selera” - balut batang keju bertali dengan sekeping ayam belanda, hias dengan hirisan badam seperti rupa “kuku”. “Cacing” spageti dan salad buah-buahan dan oren berwarna hitam dengan oren segar, kismis dan anggur gelap boleh membantu membuka mood. Jika kanak-kanak dalam keadaan tergesa-gesa untuk keluar pintu, buat smoothie labu Halloween.

Orang dewasa yang sedang menjaga garis pinggang juga berjuang melawan godaan. Ada yang bergantung kepada memberi gula-gula yang mereka tidak suka - dan kemudian berharap mereka tidak akan makan gula-gula ini. Orang dewasa juga perlu menetapkan had untuk diri mereka sendiri jika kanak-kanak pulang ke rumah dengan gula-gula yang menggoda - tentukan dengan lebih awal apa yang akan disimpan, dimakan atau diberikan kepada orang lain.

Jika anda tidak mahu menyumbang kepada kegilaan gula-gula, anda juga boleh menawarkan beberapa makanan yang menyihatkan seperti:

  • Secawan buah-buahan atau sos epal
  • Jus kotak kecil
  • Biskut yang dibungkus berasingan
  • Bar bijirin, granola atau protein
  • Paket individu campuran koko panas
  • Pek individu biskut rendah lemak atau campuran makanan ringan

Satu lagi strategi ialah untuk menawarkan makanan lain selain gula-gula. Semua orang akan memberi gula-gula; mengapa tidak memberikan anak-anak itu pelekat berwarna-warni, pensel, tatu sementara dan hadiah bertemakan Halloween -- semua alternatif yang tidak membuatkan kita rasa bersalah berbanding dengan gula-gula tradisional.

Susan Bowerman ialah perunding Herbalife.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 14/12/2017 7:02:41 | NAMP2HLASPX02