Membantu Kanak-kanak Mengurangkan Makan, Melebihkan Bermain

Oleh Susan Bowerman, M.S., R.D., C.S.S.D.
Print
Helping Kids to Eat Less, Play More

Memang tidak dinafikan - sebagai sebuah negara, berat badan kita semakin berat. Dan, diet yang kurang menyihatkan dan gaya hidup banyak duduk menjejaskan anak-anak kita juga. Sama seperti orang dewasa yang bergelut dengan "perut buncit", statistik menunjukkan bahawa anak-anak kita semakin berat dan mereka mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti pada usia yang sangat muda.

Ibu bapa bergelut dengan tugas yang sukar untuk memaksa anak-anak menjadi lebih aktif dan makan makanan yang menyihatkan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak banyak menghadapi tekanan kerana terlalu banyak kerja dan terlalu sedikit masa untuk aktiviti masa lapang, dan tarikan permainan video, televisyen atau melayari internet sering membuatkan mereka duduk di dalam rumah. Pilihan makanan yang dipengaruhi oleh rasa, kos dan kemudahan, dan banyak makanan dipasarkan sebagai "cool" - sesuatu yang lebih dihargai oleh anak-anak berbanding dengan nutrisi sihat.

Akhirnya, ibu bapa bertanggungjawab membantu anak-anak untuk membuat pilihan yang betul, dan memastikan terdapat makanan yang menyihatkan di rumah ialah tempat yang hebat untuk memulakannya. Ibu bapa juga perlu menjadi contoh kepada anak-anak mereka dengan makan dengan betul dan juga aktif. Berikut ialah beberapa tip untuk membantu anak anda makan dengan pintar dan bermain dengan bersungguh-sungguh:

  1. Menyimpan buah-buahan di dalam mangkuk di kaunter dapur di mana ia boleh dilihat, atau buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dipotong disimpan di dalam peti sejuk dan mudah nampak apabila pintunya terbuka. Dengan menjadikan makanan ini mudah dijumpai dan mudah untuk dimakan, anak-anak akan lebih cenderung untuk memakannya.
  2. Membawa anak-anak ke kedai runcit dengan anda dan menggunakan masa yang sedikit untuk pendidikan nutrisi. Kanak-kanak yang lebih tua boleh belajar bagaimana untuk membaca label makanan, dan sering suka membuat perbandingan di antara item dan cuba untuk mencari alternatif yang menyihatkan. Anda juga boleh berunding dengan anak-anak anda dengan memilih item bersama-sama yang anda berdua bersetuju boleh terima.
  3. Libatkan anak-anak anda dalam penyediaan makanan. Kanak-kanak lebih cenderung untuk makan makanan yang mereka telah bantu untuk sediakan. Jika anda gemar memasak, galakkan anak anda untuk mencuba makanan baharu dengan menyediakan hidangan baharu dengan anda.
  4. Bersabar ketika cuba untuk mendapatkan anak-anak mencuba makanan baru. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan berulang berkesan - jadi terus menawarkan makanan, dan menggalakkan anak-anak untuk mencuba "hanya sesuap". Ia mungkin memerlukan pujukan berkali-kali, tetapi ia berbaloi.
  5. Jadilah model peranan yang baik. Memang sukar bagi ibu bapa yang sibuk untuk menghidangkan makanan yang seimbang setiap malam, tetapi kanak-kanak perlu tahu bahawa ibu bapa mereka menghargai pengambilan nutrisi mereka sendiri. Cuba sertakan sayur-sayuran atau ulam semasa waktu makan, dan menghidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
  6. Membantu anak-anak anda (dan diri sendiri) dengan kawalan saiz hidangan. Hidangkan makanan dari dapur, bukannya menyajikan hidangan lauk gaya keluarga di atas meja, untuk mengelakkan mengambil "hanya sesudu lagi". Kajian menunjukkan bahawa kita cenderung untuk makan apa yang dihidangkan kepada kita - sama ada ia sedikit atau banyak - dan pinggan kosong biasanya menandakan yang kita telah selesai makan.
  7. Jangan menunjukkan diri anda sebagai seorang yang suka bermalas-malas. Anak-anak anda perlu tahu bahawa anda menghargai gaya hidup aktif. Keluar rumah dengan mereka untuk berbasikal, berjoging, atau untuk bermain, dan memastikan mereka tahu bagaimana hebatnya anda rasa apabila anda darah anda mula mengepam.
  8. Merancang ke hadapan. Lebih mudah disebut daripada dilaksanakan, tetapi merancang hidangan dengan lebih awal, membuat senarai membeli belah, dan menyediakan makanan dalam jumlah yang besar supaya anda mempunyai tambahan yang boleh membantu mengurangkan stres persediaan makan malam.
  9. Snek Secara Pintar. Kanak-kanak aktif perlukan makanan ringan, tetapi makanan snek biasa sarat dengan lemak dan gula. Jangan simpan soda dan kerepek di dalam rumah tetapi bekalkan buah-buahan, yogurt, keju tali, kacang atau kacang soya atau bijirin yang sihat apabila mereka mahukan snek. Kanak-kanak juga suka membuat smoothie mereka sendiri, jadi simpan susu, buah-buahan segar atau sejuk beku dan serbuk protein dan biarkan mereka membuat eksperimen.
  10. Sertakan senaman ke dalam hari anda, dan galakkan anak-anak anda untuk melakukan perkara yang sama. Jika anda bercakap di telefon, berjalan di sekitar rumah atau perkarangan rumah semasa anda berbual, bukannya duduk. Cari kerja suruhan yang anda boleh sampai dengan berjalan kaki, dan bukannya dengan kereta. Menaiki tangga dan bukannya lif, dan letakkan kereta jauh dari pusat membeli-belah.

Susan Bowerman ialah perunding Herbalife.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 14/12/2017 7:13:21 | NAMP2HLASPX02