Snek Protein

Oleh David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N.
Print
Dr. David Heber

Memang hakikatnya orang biasa yang makan diet jenis barat mengambil lebih banyak kalori harian daripada yang dia perlukan. Snek berkalori tinggi yang padat dengan lemak dan gula menyumbang kepada kalori tambahan ini. Bar padat protein, minuman, sup, dan kacang adalah jauh lebih baik berbanding snek lain kerana perbezaan yang wujud di antara protein, gula dan lemak.

Pertama sekali, protein lebih memuaskan daripada dua makronutrien yang lain kerana isyarat tertentu yang dihantar ke otak. Apabila kita makan snek yang terdiri daripada protein bukannya gula dan lemak, badan akan berasa lebih kenyang yang membantu orang mengawal selera makan mereka di antara selang waktu makan, dengan itu mengurangkan kalori dan mengawal berat badan mereka. Penyelidikan klinikal baru-baru ini telah menyokong fenomena fisiologi ini.

Sebab kedua untuk memilih protein sebagai snek ialah kesan termogenik-nya. Ini merujuk kepada cukai metabolik yang makanan itu kenakan ke atas badan kita selepas kita makan. Cukai metabolik untuk protein ini adalah lebih tinggi daripada gula atau lemak kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk mencernanya. Ini bermakna bahawa apabila anda memilih protein berbanding dua yang lain, anda membakar lebih banyak kalori semasa proses penghadaman. Mempunyai kadar cukai yang lebih tinggi ini adalah baik kerana protein selalunya mempunyai kandungan kalori yang rendah, jadi badan bekerja keras dengan kalori yang lebih kecil.

Sebab ketiga untuk memilih snek protein daripada gula dan lemak adalah keperluan badan untuk menambah lagi blok binaan tisu otot. Otot penting untuk aktiviti harian kita dan ia menentukan metabolisme kita. Jadi semakin kita mengekalkan jisim otot tanpa lemak yang sihat, lebih tinggi kita mengekalkan metabolisme kita.

Jadi lain kali apabila anda mencapai snek, pilihlah bar, minuman atau sup yang kaya dengan protein. Elakkan kerepek, biskut, dan gula-gula berkalori tinggi. Ia secara umum lebih tinggi kalorinya, dan ia menawarkan sedikit nilai nutrisi kepada badan.

Dr. Heber juga berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik dan Nutrisi Herbalife.
Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 14/12/2017 7:06:20 | NAMP2HLASPX02