Gaya Hidup yang Sihat dan Aktif
hal
Falsafah

Di Herbalife, falsafah Gaya Hidup yang Sihat dan Aktif kami berkaitan dengan menginspirasikan anda untuk melonjakkan diri menjadi yang terbaik. Kami mahu membuatkan orang berasa hebat dan membantu mereka membina rasa kendiri yang teguh. Kami mahu mencipta komuniti yang positif yang menyokong dan memperkuatkan semua orang, tidak kira tahap atau matlamat kecergasan mereka.

Orang selalu menjauhkan diri apabila mereka mendengar istilah ‘gaya hidup yang sihat dan aktif’ kerana mereka membayangkan berjam-jam masa yang perlu didedikasikan kepada senaman ekstrem. Apa yang penting adalah gaya hidup sihat dan aktif yang menyumbang secara positif kepada kesejahteraan fizikal dan mental anda. Ia tidak sesukar yang disangkakan. Perubahan kecil kepada kehidupan dan diet harian anda boleh terkumpul menjadi keputusan yang lebih besar dalam tempoh jangka panjang.

Sama ada anda sememangnya sudah cergas atau hanya baru memulakan perjalanan dalam mencapai kecergasan anda, anda boleh menjalankan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Gaya Hidup yang Sihat dan Aktif (HAL)

Gaya Hidup yang Sihat dan Aktif ialah cara hidup yang menggabungkan senaman secara tetap dan nutrisi sihat untuk memperbaiki kesejahteraan secara keseluruhan. Ia bukan berkaitan dengan mencapai prestasi puncak atau mencapai status atlet tahap elit. Ia cara hidup yang mudah didekati, dikekalkan dan berkisar kepada kesihatan secara holistik. Ia terbuka kepada semua – lelaki dan perempuan, yang muda mahupun yang tua.

Daripada memperbaiki keyakinan kepada membantu mengurangkan tekanan, Gaya Hidup yang Sihat dan Aktif boleh membantu anda menjadikan diri anda versi yang terbaik.

Kelebihan Gaya Hidup yang Sihat dan AktifMengurangkan Stres:

Tahap stres yang tinggi akan membawa kepada pertambahan berat badan dan lebih menyukarkan usaha mengurangkan berat badan, jadi mencari masa untuk akiviti ini lebih penting.

Stres juga selalu menyebabkan makan secara berlebihan, yang boleh membawa kepada pertambahan berat badan. Ini pula akan menyebabkan stres semakin meningkat, yang menyumbang kepada kitaran ganas.

Produktiviti Kerja/Kehidupan yang Lebih Baik:

Kajian mendapati bahawa selepas bersenam, otak kita lebih aktif dan ini memudahkan kita belajar dan mengekalkan maklumat. Berhenti untuk aktiviti apabila anda kehabisan tenaga boleh memperbaiki fokus dan produktiviti anda.

Keyakinan yang Lebih Baik:

Apabila anda secara sedar berusaha untuk memperbaiki diri anda dengan menjadi lebih aktif, keyakinan anda terangsang. Lebih baik lagi, pendekatan baharu anda boleh meyakinkan orang di sekeliling anda untuk turut membuat perubahan yang positif.

Meningkatkan Perasaan Sejahtera:

Menjadi aktif menggalakkan pelepasan endorfin di dalam badan anda sama seperti yang dilepaskan apabila kita makan coklat.

4 Tiang Gaya Hidup yang Sihat dan Aktif

Aktiviti-aktiviti gaya hidup yang sihat dan aktif datang dalam pelbagai bentuk untuk menyasarkan keperluan audiens pelanggan yang berbeza. Pastikan anda memilih format, tempoh dan intensiti yang sepadan dengan keperluan pelanggan-pelanggan anda. Kekalkan ia SERONOK, MUDAH dan AJAIB. Penting untuk diingati bahawa kecergasan terdiri daripada komponen berbeza, dan sukan serta senaman berbeza diperlukan untuk membangunkan setiap satu.

Mudah

Senaman mudah memerlukan intensiti rendah dan menyokong kelenturan fizikal anda. Contoh seperti menari, berjalan, yoga*, aerobik*, pilates*, tai-chi* dll. boleh dilakukan pada bila-bila masa, setiap masa. Kelenturan merujuk kepada kebolehan melenturkan badan tanpa mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada keanjalan otot, tendon, ligamen dan sendi.

Meluangkan masa 10-15 minit setiap hari yang menumpukan kepada regangan bagus untuk tujuan mengurangkan stres dan memperbaiki kelenturan anda secara keseluruhan, sebagaimana berlatih yoga*, pilates* atau tai chi* secara tetap. Regangan membantu anda mengelakkan kecederaan. Berlatih dengan otot yang ketat akan menyebabkan kecederaan yang serius dan koyak otot.

Gerak Pantas

Sukan gerak pantas meningkatkan kadar degupan jantung anda dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular anda menjangkau masa. Ia secara umumnya melibatkan kumpulan otot yang besar dan kepantasan. Contoh yang terbaik termasuk berjalan laju, berlari, berbasikal, berenang*, menari, bertinju*, lompat tali, aerobik* / kalistenik dan latihan litar*. Senaman gerak pantas memaksa sistem kardiovaskular anda, termasuk jantung dan paru-paru anda, untuk bekerja dengan lebih keras bagi menyediakan oksigen tambahan kepada otot anda yang bekerja. Senaman impak tinggi juga boleh memberi kesan kepada tulang dan sendi anda.

Kekuatan

Senaman kekuatan meningkatkan jisim otot badan anda dan memperbaiki kebolehan badan anda melawan rintang. Membuat pergerakan berdasarkan kekuatan membantu anda meningkatkan jisim badan tanpa lemak anda apabila digabungkan dengan nutrisi baik.

Kuasa

Senaman kuasa merujuk kepada prestasi tinggi dan atlet profesional yang mempunyai rutin senaman yang berbeza. Ia memerlukan ketahanan berasaskan senaman untuk mencapai matlamat profesional.

Senaman berasaskan ketahanan bagus untuk tujuan membakar lemak, mengurangkan stres dan memperbaiki tahap kesihatan kardiovaskular anda. Ketahanan otot adalah penting untuk kejayaan dalam sukan kompetitif.

* Aktiviti-aktiviti tertentu hanya boleh dijalankan oleh jurulatih yang layak. Pastikan anda mematuhi peraturan tempatan.
Perlu diingatkan bahawa skop perlindungan insurans anda perlu meliputi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Makan sarapan yang sihat akan menetapkan permulaan bagi pemakanan lebih sihat untuk sepanjang hari. Makanan yang tepat pada waktu pagi akan mentenagakan anda sehingga waktu makan tengah hari. Dan berbekalkan sarapan yang sihat di dalam sistem anda, anda akan mengurangkan keinginan anda untuk makanan yang tidak berkhasiat antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 21/09/2018 14:05:54 | NAMP2HLASPX01