Cara untuk Makan Apabila Menyertai Pertandingan

Kenapa Atlet Ketahanan Memerlukan Sumber Tenaga 24/7
Print
how-to-eat-to-compete

Dengan penyertaan lebih banyak atlet amatur dalam sukan ketahanan seperti larian maraton, lumba basikal jarak jauh atau malahan triatlon, berikut adalah lima petua nutrisi untuk “pahlawan hujung minggu” dalam kalangan anda untuk membantu mendapatkan nutrisi prestasi yang tepat!

Atlet perlu mentenagakan diri pada waktu pagi, memandangkan simpanan tenaga akan menurun selepas semalaman berpuasa. Latihan dan berlumba akan memberi kesan kepada badan, dan memulakan hari dengan hidangan sihat yang diseimbangkan dengan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral menyediakan asas nutrisi yang mantap untuk prestasi.

Penghidratan itu penting. Kerana penghidratan secara langsung memberi impak kepada prestasi kesukanan, lebih penting bagi atlet untuk memastikan tahap pengambilan air mereka sentiasa mencukupi – terutamanya untuk acara jarak jauh yang mencabar dari segi fizikal. Selain air, elektrolit – garam dalam badan yang penting dalam menyokong fungsi otot yang betul dan membantu menstabilkan suhu badan – juga diperlukan. Adalah penting untuk mendapat penghidratan semasa anda berlumba, juga sentiasa minum sepanjang hari agar sentiasa terhidrat semasa berlumba. Minuman sukan bukan sahaja menyediakan cecair yang diperlukan, juga elektrolit yang hilang apabila berpeluh. Minuman sukan juga menyumbang karbohidrat yang mentenagakan otot-otot yang bekerja semasa acara.

Karbohidrat merupakan sumber tenaga semasa bersenam dan ia penting agar badan kekal berfungsi. Dalam larian ketahanan, kalori adalah raja dan ia perlu mencukupi untuk mencapai prestasi. Mendapat banyak karbohidrat sebelum dan semasa larian adalah kuncinya. Di samping karbohidrat, sejumlah kecil protein semasa bersenam boleh membantu mencepatkan pemulihan.

Badan memerlukan jumlah tepat karbohidrat dan protein untuk mula pulih selepas larian. Pemulihan adalah dua serampang: karbohidrat diperlukan untuk membina semula simpanan glikogen, dan protein adalah penting untuk membina semula otot-otot yang rosak.

Penambahan dalam perlumbaan penting, memandangkan keperluan nutrisi pelumba basikal sungguh ekstrem sehinggakan ia tidak boleh dipenuhi dengan makanan sahaja. Dengan itu, adalah penting untuk diingatkan bahawa penambahan berfungi sebagai tambahan kepada diet sihat yang biasa. Setiap atlet seharusnya mendapatkan majoriti daripada kalori dan nutrien mereka daripada makanan lengkap, terutamanya sumber karbohidrat sihat – bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran – dan protein daripada daging tanpa lemak, ayam, ikan, produk tenusu lemak rendah dan sumber tanaman seperti biji soya.

***

Ditulis oleh Susan Bowerman, M.S,. R.D., C.S.S.D., dengan kerjasama John Heiss, Ph.D. Susan ialah Pengarah Latihan Nutrisi di Herbalife dan John ialah pembangun Bersama rangkaian produk nutrisi prestasi Herbalife24.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 22/05/2019 8:07:16 | NAMP2HLASPX01